Thursday, December 25, 2008

Balik kampung

Semalam balik kampung jap. (In-law's place). Nothing much to share except it feels good to visit those close to us. Yeah..while they are still around! Time flies, we should realize that and make the most of what's left!

Wednesday, December 24, 2008

Penat juga ye!

Lebih kurang pukul 10.30 mlm tadi selesailah kerja-kerja fitting baju sekolah yang akan disumbangkan kepada anak-anak dari keluarga yang memerlukan. Alhamdulillah. Penat juga dan pening kepala bila ada saiz kasut yg tak kena, saiz baju yg tak ngam...gitulah gayanya bila berurusan dgn orang ramai. Orang kanan, Ani, tak dapat hadir utk menolong, ada mesyuarat yg lebih penting utk dihadiri. Jadi, anak-anakkulah yg jadi pembantu. Thanks girls!! May Allah bless you, Huda and Suha. As for Ziyad, your presence was also appreciated although you wished that you have done more than just arranging the shoes....hehehe. Also, a gracious thank you to Pok Ya, Hamzah, Mi (api), Sahak for lending your hands..Semoga anak-anak itu semua ceria berpakaian serba baru ke sekolah nanti. Tak lupa untuk penyumbang..Hanya Allah yang membalas semua kebaikan.And to my hubby for making this happen..Usaha ini Insyaallah diberkati.

Wrong timing huh?

Actually..this is definitely not the right time to start blogging..but, can't help it..why? Entahle..just feel like writing but huh?? aren't you supposed to write your thesis? (Sigh..hmmm) Thesis pun kena tulis juga..especially I'm surviving on another 6 months life line...hahah. Ya Allah, berikan ku kekuatan dan kebijaksanaan untuk menyudahkan apa yang telah kumulakan 3 tahun lepas!

About Usrah

Hasrat untuk memulakan usrah ini sebenarnya telah lama disimpan..pendam aje dulu sebab banyak committment ( salah satu alasan yg dicari, hehehe). Usaha untuk mengumpulkan ahi-ahli utk usrah juga mengambil masa yang agak panjang. Siapa yg nak diajak? Nak ke mereka ni join kalau diajak? Macam2 persoalan yang diada-adakan sendiri. Malulah nak ajak orang join usrah.Hmmm kalau dilayan semua persoalan itu, alamatnya usrah tak menjadilah. Lalu selepas berbincang dgn suami diikuti dgn perbincangan bersama bbrp teman, maka dipilih tarikh 13 Januari 2008 untuk memulakan langkah pertama.
Well...first usrah.not bad. About 18 people attended. Location: My house. Who and who? Alaa..sahabat2 yg memang sudah dikenali fikrahnya dan isteri-isteri jemaah surau/masjid yang menunjukkan kecenderungan kearah mempertingkatkan kefahaman terhadap Islam. Alhamdulillah, sememangnya nak memulakan sesuatu yang baik itu bukan mudah. Usrah memutuskan untuk membaca Kitab Hadith 40, tazkirah tentang keperluan usrah dan tafsir AlQuran. Usrah juga akan dimulakan dgn bacaan Ma'thurat.Naqibahnya, dipertanggungjawabkan kepada Ustazah Maziah. Alhamdulillah, semoga rahmat Allah sentiasa dicurahkan kpd umatNya yang berusaha mendekatkan diri kpdNya.

Tuesday, December 23, 2008

Usrah

13 Januari 2009 merupakan ulang tahun pertama penubuhan wahdatul usrah, taman berjaya permai, kempadang kuantan. Sempena ulang tahun itu juga, kami ingin merakamkan serba sedikit kenangan dalam membina ukhuwwah di kalangan muslimat di taman ini. Semoga kumpulan kami yang kami namakan wahdatul usrah ini dapat terus menjayakan usrah mingguan dan serba sedikit aktiviti kemasyarakatan. Semoga amal yang sedikit ini dapat memanafaatkan usia kita, harta kita, tenaga dan masa kita dalam mencari keredhaan Allah. YA Allah, bantulah kami hidup dalam ketaqwaan kepadaMu.

Salam Ukhuwwah buat semua

Salam buat semua

Ini hanyalah permulaan kepada satu perjalanan yang jauh