Hasrat untuk memulakan usrah ini sebenarnya telah lama disimpan..pendam aje dulu sebab banyak committment ( salah satu alasan yg dicari, hehehe). Usaha untuk mengumpulkan ahi-ahli utk usrah juga mengambil masa yang agak panjang. Siapa yg nak diajak? Nak ke mereka ni join kalau diajak? Macam2 persoalan yang diada-adakan sendiri. Malulah nak ajak orang join usrah.Hmmm kalau dilayan semua persoalan itu, alamatnya usrah tak menjadilah. Lalu selepas berbincang dgn suami diikuti dgn perbincangan bersama bbrp teman, maka dipilih tarikh 13 Januari 2008 untuk memulakan langkah pertama.
Well...first usrah.not bad. About 18 people attended. Location: My house. Who and who? Alaa..sahabat2 yg memang sudah dikenali fikrahnya dan isteri-isteri jemaah surau/masjid yang menunjukkan kecenderungan kearah mempertingkatkan kefahaman terhadap Islam. Alhamdulillah, sememangnya nak memulakan sesuatu yang baik itu bukan mudah. Usrah memutuskan untuk membaca Kitab Hadith 40, tazkirah tentang keperluan usrah dan tafsir AlQuran. Usrah juga akan dimulakan dgn bacaan Ma'thurat.Naqibahnya, dipertanggungjawabkan kepada Ustazah Maziah. Alhamdulillah, semoga rahmat Allah sentiasa dicurahkan kpd umatNya yang berusaha mendekatkan diri kpdNya.
No comments:
Post a Comment